Berubah hati dari Blogspot ke WordPress

Bissmillahir…Rahmanir…Rahim

Assalamualaikum….bertemu kita sekali lagi….

 

Kali ni saya nak share apa saya belajar dan buat…

iaitu….

Bertukar dari blogspot ke wordpress tanpa mengubah isi-isi kandungan yang selama ini ditulis..

Kenapa bertukar.??…

  • learning process
  • orang banyak kata wordpress lagi SEO tinggi…. (SEO ni amenda…?? nanti saya terangkan kalau saya dah faham dan terer ya)
  • suka-suka 🙂

Caranya adalah…

  1. pergi ke dashboard blogger>>Setting>>Others>> Klik export blog (tanda biru kat atas)
  2. Klik download blog
  3. Buka folder download dalam desktop

Then

  1. Masuk dashboad wordpres>> Tools>>Klik import

Tu je….mudah tak?? untuk apa-apa alasan untuk bertukar ke wordpress pastikan anda buat sampai berjaya ya…

 

Until we meet again…

 

Love,

Ayna MJ

Gas DAH HABIS…. nak masak macam mane???

Bismillahir Rahmanir Rahim
 
Assalamualaikum….
Cerita kali ini adalah …

GAS HABIS!!!

nak buat macam mane??
ilek-ilek… jangan glabah…
kita hanya perlukan sedikit kreativiti untuk menginovasikan sesuatu…
Cer tengok… 🙂
 Kerang rebus…
Kangkung goreng…
Jangan ingat periuk nasi untuk buat nasi je ya….
Belajar sesuatu?? korang pk la sendiri…hehe 🙂

Bagaimana nak tunjukkan penghargaan dan kesyukuran kita???

Bismillahir Rahmanir Rahim…
 
Assalamualaikum WBT…
Saya nak tanya… selalu bangun-bangun tidur korang buat apa???
gosok-gosok mata terus bangun ea….ke
mengeliat dua tiga round baru bangun??
Seharusnya kita bangun tidur kita bersyukur pada Allah SWT kerana memberi kita peluang untuk teruskan hidup ini..
Macam mane nak bersyukur??/ baca doa bangun tidur la…
Ok… sebagaimana kita bersyukur dengan Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini… Kita sesama manusia juga suka akan perkataan-perkataan penghargaaan kan??
So..tahun 2015 ini saya telah buat project

365 days of blessing

Ada tanya saya kenapa nak kena buat macam ni…?? Buang masa dan kertas je…
Ye memang buang masa dan kertas… tapi andai kata ia meningatkan dia kepada saya…. why not saya buang masa saya??
 
Ia adalah sebagai simbol saya menghargai kehadiran suami saya, Mr Ed dan apa yang telah dia buat untuk saya selama ini…. zahirkan… InsyaAllah akan sampai pada hati dia…
Buat je kerja gila macam ni… tak perlu malu ke apa…. so apa citer projek ni???
 Ok kita buat kertas macam ni….
Kertas ni ada 2 bahagian…:
1- Things to be grateful for..
2-Improvement suggestions…
(mane la tahu perlukan perubahan)
Kemudian kertas-kertas ni saya lekatkan pada hanger baju kerja Mr Ed yang dah siap diiron…
Strateginya adalah …setiap pagi Mr Ed ambik baju kerja, dia akan baca kertas ini… dan mengetahui setiap hari saya menghargai dirinya…
Kemudian kertas ni buat apa?? sayang kan kalau dibuang so… kita simpan dalam tabung… nanti from time to time kalau baca balik mesti terkenang kerja gila ni….
Owh jangan lupa letak tarikh… mane tahu kalau-kalau boleh dijadikan ARTIFAK…haha
 Inilah tabung 365 days of blessing
Belajar sesuatu??
1-Zahirkan penghargaan 
2-Jangan takut atau malu untuk buat kerja gila

Semoga ia jadi kenangan terindah korang 🙂

 

Apa BEZA, CINTA dan KASIH SAYANG??

Bismillahir Rahmanir Rahim…
Assalamualaikum….

Hari ini saya nak cerita pasal

CINTA

  Semalam saya tengok romantika menggunakan tablet ASUS yang saya dapat free sewaktu menghadiri Conference Engineering Summit di UTHM bulan Dec 2014… Bosan coz terlepas live streaming AJL 2014 so merayau-rayau tengok semua benda dalam apps astro on the go…
Romantika….
Setiap kali saya tengok… saya dengan sendirinya tersengih-sengih senyum sorang-sorang coz asyik sangat tengok orang dah berkahwin bercinta… 
Sama macam waktu saya muda-muda dulu.. CEWAH!!
Kali ni selebriti yang berkongsi cerita adalah Salleh Yakob….
Yup yang kawen empat tu….
Sorry bukan nak cerita pasal dia kawen empat ke apa…
Ada kata-kata dia yang memberi kesan di hati saya 

CINTA NI HANYA PADA ALLAH SWT

ANTARA KITA MANUSIA HANYA ADA PERASAN KASIH DAN SAYANG

KASIH SAYANG ANTARA DUA MANUSIA INI YANG MEMBAWA KEPADA CINTA ALLAH SWT

Nice quoted kan??
Ia membuat saya teringat kata-kata saya dulu kepada kekasih saya, Mohd Zhohir
p/s:: saya ni jujur orang nya…saya tak akan cakap benda yang saya tak rasa… terutamanya mengenai perasaan

SORRY SAYA TAK BOLEH NAK KATAKAN SAYA CINTAKAN AWAK, SEBAB SAYA TAK RASA BENDA TU….APA SAYA PASTI, SAYA MEMANG ADA RASA SAYANG KAT AWAK…

Kini, at the age of 28 years old baru saya faham kenapa saya pernah cakap macam tu suatu ketika dulu…maybe ada benarnya
So… belajar sesuatu hari ini??
Istillah cinta hanyalah pada Allah SWT…
Maybe sebab itu orang putih selalu kata ‘I LOVE U’ kowt..

love tu kan sayang…
love tu pun juga cinta… agak nya 🙂
Till we meet again…. 
Salam… 🙂

Makanan PERCUMA di Kenny Rogers


Bismillahir Rahmanir Rahim…
Assalamualaikum wbt…
Ha…. setelah sekian lama, baru hari ini ada peluang keluar ramai-ramai ngan budak-budak research group….apa lagi…peluang yang tak harus dilepaskan!!!
Asalnya dah makan nasi dan sup cendawan…memandangkan peluang ‘TOGEDE-GEDE’ ni jarang-jarang ada,  so….

WHY NOT CHERISHED THE MOMENT

Kami berlima pergi ke Kenny Roger…. baby dalam perut nak makan katanya… hahaha
Tengah-tengah nak pesan tu saya tertarik dengan iklan atas meja…
Study punya study semua iklan tu….last2 tertaik dengan iklan ni…

MAIN GAME DAPAT MAKANAN FREE!!!
Dalam percaya atau tak tu….saya download game Muffin Mania… ala-ala game Fruit Ninja yang famous tu….
TERUS MAIN…

Dapat markah ciput je…. tapi sebab nak jugak makanan FREE saya Tanya manager kedai….
Saya dah menang…. nak Jelly sundae FREE….
Dengan senang hati dia kata OK….  

 Manager kedai Kenny Roger dekat AEON Bukit Raja paling tiptop, mesra, pantas dan cekap….

Ini dia hasil sikap ‘JIMAT dan KEDEKUT’ saya….

 ‘PAY LESS, GET MORE’

 hahahah…
Apa korang dapat dari coretan hari ini??
1-Sebelum nak order kat kedai-kedai style macam ni… selagi ada iklan atas meja BACA DULU sebab itu maybe OFFER PALING LATEST dia orang tengah PROMOSI kan…
2- Main game time menuggu untuk dapat makanan FREE…hehhe
Sekian…. Keep in touch
Salam…

Start New, Start Fresh

Bismillahir Rahmanir Rahim…
 
Assalamualaikum semua…
 
Assalamualaikum dunia…
 
Saya perkenalkan diri saya dulu….

Tada…!!! ini lah saya….Salam perkenalan

Saya Aina Mardhiyah Binti Jalilluddin… tapi dalam dunia internet saya dikenali sebagai Ayna MJ
Bukan nak main nyorok-nyorok ke apa tau…
Ini hanya satu kaedah bagi saya membezakan kehidupan peribadi saya dan kehidupan di alam cyber
Apa menariknya saya ini???
Hanya kita dan diri kita sahaja tahu betapa menariknya diri kita kan??? Kita simpan tajuk ini lain hari ya…hehe 🙂
So tahun 2015 dah berlalu hampir 2minggu….so apa dah korang rancang untuk tahun ini??
Saya…. saya mulakan 2015 saya dengan create blog ini…
Dimana… di sini perkongsian ilmu, pengalaman, pahit, manis kehidupan akan saya kongsikan. Lain orang, lain jalan hidupnya yang di aturkan oleh Allah… so
Bersyukur dan berkongsi la cerita untuk dijadikan rujukan dan sempadan buat orang lain…
Itu dulu buat masa ini… Stay Tune ya!!!