Bagaimana nak tunjukkan penghargaan dan kesyukuran kita???

Bismillahir Rahmanir Rahim…
 
Assalamualaikum WBT…
Saya nak tanya… selalu bangun-bangun tidur korang buat apa???
gosok-gosok mata terus bangun ea….ke
mengeliat dua tiga round baru bangun??
Seharusnya kita bangun tidur kita bersyukur pada Allah SWT kerana memberi kita peluang untuk teruskan hidup ini..
Macam mane nak bersyukur??/ baca doa bangun tidur la…
Ok… sebagaimana kita bersyukur dengan Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini… Kita sesama manusia juga suka akan perkataan-perkataan penghargaaan kan??
So..tahun 2015 ini saya telah buat project

365 days of blessing

Ada tanya saya kenapa nak kena buat macam ni…?? Buang masa dan kertas je…
Ye memang buang masa dan kertas… tapi andai kata ia meningatkan dia kepada saya…. why not saya buang masa saya??
 
Ia adalah sebagai simbol saya menghargai kehadiran suami saya, Mr Ed dan apa yang telah dia buat untuk saya selama ini…. zahirkan… InsyaAllah akan sampai pada hati dia…
Buat je kerja gila macam ni… tak perlu malu ke apa…. so apa citer projek ni???
 Ok kita buat kertas macam ni….
Kertas ni ada 2 bahagian…:
1- Things to be grateful for..
2-Improvement suggestions…
(mane la tahu perlukan perubahan)
Kemudian kertas-kertas ni saya lekatkan pada hanger baju kerja Mr Ed yang dah siap diiron…
Strateginya adalah …setiap pagi Mr Ed ambik baju kerja, dia akan baca kertas ini… dan mengetahui setiap hari saya menghargai dirinya…
Kemudian kertas ni buat apa?? sayang kan kalau dibuang so… kita simpan dalam tabung… nanti from time to time kalau baca balik mesti terkenang kerja gila ni….
Owh jangan lupa letak tarikh… mane tahu kalau-kalau boleh dijadikan ARTIFAK…haha
 Inilah tabung 365 days of blessing
Belajar sesuatu??
1-Zahirkan penghargaan 
2-Jangan takut atau malu untuk buat kerja gila

Semoga ia jadi kenangan terindah korang 🙂

 

2 thoughts on “Bagaimana nak tunjukkan penghargaan dan kesyukuran kita???

Leave a comment